Monday, May 2, 2011

Kita Manusia Biasa Bukan Manusia Hebat

Kalau dahulu, dunia ini dipenuhi kawan-kawan sehebat Siti Nurhaliza.
Senyum aku, ketawa mereka. Menangis aku, kecewanya mereka. 
Dimana aku berada, di situ mereka. Tapi dunia ini ada pasang surutnya.
Aku sudah tidak berbaik dengan mereka. salah siapa? Salah aku. 
Apa salah aku? tidak perlu untuk anda mengetahuinya.Ini cerita untuk kanak-kanak.
Mungkin saja dahulu ada yang kawan tipu-tipu. Untuk apa kawan tipu-tipu?
untuk tidak menyakitkan hati sesama kami. Siapa yang tidak rindukan mereka?
Tipulah jika saya tidak rindu. Saya rindu, Saya rindu ditegur dan dihalang.
-saya tak mahu berbaik, cukup lah sekadar tidak mengata, saya tahu anda pun begitu-

Saya masih mempunyai keluarga yang hebat. Saya anak sulung dan kadang-kadang anak kelima
Mengapa begitu? kerana saya ada dua emak. Abah memberi nafkah kepada 9 anak.
Saya kagum dengan kehebatan beliau. Saya tak suka ada orang yang menegur idola-idola saya.
Saya tak suka orang mengatakan idola saya minum arak! Dimana awak tahu? 
Sekadar di Majalah, lebih baik jangan menyatakan apa-apa yang berbaur fitnah.
Saya buat mereka menjadi idola kerana saya baca diari mereka, walaupun diari itu setebal 1000 m/s.
-Tolong beri bukti jika hendak menyatakan sesuatu, ada yang membenci apa yang kalian katakan-

Ada yang sering mengungkit aku mempunyai ramai boyfriend.
Bukan ramai, tapi ada yang aku sengaja buat sebagai boyfriend. 
Aku rimas jika telefon bimbitku berbunyi setiap hari, mengacau aku di facebook.
Aku bukan perempuan baik untuk dijadikah girlfriend. Aku tidak suka diganggu.
Ramai yang kata aku gila lelaki. di manakah kegilaan itu? sila tunjuk! 
Jika kerana kawan-kawan karib ku lelaki, sini aku terangkan kepada kau,
-kerana lelaki itu tidak mudah kecewa, tidak mudah merajuk dan selalu memenangkan aku-

Saya tahu awak akan tekan

1 comment: