Monday, February 28, 2011

Diari ummi, saya terjumpa

1. ummy tahu dan akan sentiasa menyokongmu untuk berubah.. ada bnyk benda juga yg ummi nampak along dah berubah..ada banyak benda juga yang ummi nampak along dah mencuba.. teruskanlan wahai anakku.. cuba perbaiki lagi kelemahan yang ada. tak payah layan lagi cinta2 monyet.. teruskan langkahmu sehingga ke Ipta , mulakan dari sekarang.

2. kasihan along.. tika umur sebayanya masih dalam pelukan,dukungan. tetapi dia dilatih sebagaimana seorang kakak.. pikul beg galas berisi air dan sendiri ummi hanya mampu mempimpin tanggannya

menangis saya bila baca seketika. banyak yang ummi pendam, along tak kisah ummi nampak tua.
Along janji dengan abah dan ummi, bila ummi and abah hembus nafas terakhir nanti, along akan panggil semua yang pernah menyakitkan hati kalian. along akan cerita segalanya. kalau perlu, mereka akan melutut meminta maaf di kubur ummi and abah. ummi, ummi masih muda. baru nak masuk ke era 40 an.
terlalu cepat ummi mengarang perkara yang kami adik beradik takutkan. Kami masih muda dan perlukan ummi. tadah tangan.. bismillahirahmanirrahim..
Ya Allah.. jika engkau mahu mengambilnya suatu hari nanti, biarlah dia menghembuskan nafasnya di peha ku sendiri. Amin..

Coretan hari ini adalah untuk kalian semua fikirkan, Apakah salah seorang ibu? kenapa mereka semua menangis taktala kita semua tengah gelak ketawa tanpa memikirkan dia? dia sering menangis tanpa pengetahuan kita bukan?

kami sayang ibu kami !!!

Saya tahu awak akan tekan

0 comments:

Post a Comment