Sunday, January 16, 2011

Ummi, ketabahan hatiku adalah kerna mu..



Suriani Che Adnan. Seorang wanita yang tabah, yang tidak pernah kenal erti penat. Dia adalah ibu yang aku sanjung didalam blog ini dan anak sulung dari sembilan orang adik-beradik, dari emak kedua. sama seperti aku.

Dahulu, Aku pernah bergaduh dengan abah kerana laptop. Aku tersangat marah dan aku tak berani melawan, oleh kerana itu, Aku mengenggam dua batang hanger, dan dua-dua itu patah. betapa sakitnya hatiku. Ummi datang memelukku dari belakang, matanya berair, dan dia cakap "along, sabar.. ingat ummi. Jangan disebabkan abah, along jadi macamni. Dah, ambil air sembahyang. solat cepat". Ummi, maafkan along, along takkan buat ummi lagi.

Aku sering berkongsi cerita dengan ummi, disebabkan itu, mungkin ramai orang akan berkata, "oh , dia dah cukup kasih sayang dari ibunya " sememangnya pemikiran anda salah. Aku menyayanginya kerana dia sering membebel, tetapi bukan memarah. Dia tidak pernah menengking ku dan nasihat-nasihat dia membuat aku hidup. Ketika aku hendak masuk ke tingkatan 3, Dia cakap, A adalah soal kedua , Usaha sahaja dah cukup. kalau tak usaha, tak dapat A tu yang ummi tidak suka.

Aku akan menjaga ummi ketika hari tuanya, aku akan membasuh kencing beraknya apabila dia tidak mampu lakukanya. Aku akan memeluknya dari belakang ketika dia sedih, aku akan menasihati adik-adikku apabila ummi tidak mampu membuatnya. Aku sayangkan ummi. Aku sayangkan ummi. 
Saya tahu awak akan tekan

4 comments:

  1. alhamdulillah krm slm dgn mak ye!syukurlah sis dpt spnh ksh syg dan duduk sebumbung dgn mak..kite takk..

    ReplyDelete
  2. ibu anda seorang yang penyayang...
    jom baca tentang ibu saya pulak... hehehe..
    cerita gembira...
    http://adan-akudandiriku.blogspot.com/2011/01/aku-sayang-ibuku.html

    ReplyDelete
  3. anda sekalian, terima kasih kerana sudi mengomen dan mengirim salam dengan ummi :')

    ReplyDelete