Tuesday, January 25, 2011

Haaa.

Saya nak diet rendah karbohidrat 1 Feb ni. Siapa mahu ikut? meh-meh. Ramai-ramai diett :D
okay , antara kelebihan diet tanpa karbohidrat ialah :
  • diet rendah karbohidrat ini ternyata dapat dijadikan terapi untuk berbagai penyakit seperti hiperkolesterol, diabetes, hipertensi, gangguan pencernaan.  
  • Karbohidrat adalah penyebab kegemukkan jika lebih

Diet tahap I, dilakukan selama satu minggu. Tujuannya untuk mengadaptasi tubuh. Pada tahap I ini, makan tiga kali namun dengan karbohidrat setengah dari jumlah yang biasa dimakan, sayur dan protein lebih banyak dari biasanya dan tanpa buah-buahan. Snack dimakan dua kali, berupa protein dan atau sayur-sayuran.

Setelah satu minggu, diet dilanjutkan dengan tahap II, iaitu sama sekali membatas karbohidrat selama 2 minggu. Makan tetap tiga kali tanpa pembatasan jumlah. Tiap kali makan sampai kenyang. Buah-buahan dihindari.

Pada diet tahap III, karbohidrat mulai dikembalikan ke dalam menu secara bertahap. Buah-buahan juga sudah diperbolehkan untuk disantap dalam jumlah terbatas. Pada tahap ini, biasanya sdh terjadi perubahan pemikiran pemakanan dan pola makan, iaitu tidak cepat merasa lapar, cepat merasa kenyang, lebih mampu menahan diri, tidak banyak memerlukan karbohidrat dan gula, lebih banyak makan sayur-sayuran dan protein.

Diet tahap IV adalah tahap maintenance atau pemeliharaan, tubuh akan memberikan singnal lapar dan kenyang sesuai mengikut keperluan tubuh. Kita tetap dapat menikmati coklat, ais krim dan makanan lazat lain namun dalam jumlah yang tidak berlebihan.

Ramai-ramai teman Mayang eh. hopefully, kali ni berjaya. :D

Saya tahu awak akan tekan

1 comment: