Saturday, May 14, 2011

Ingat senang nak bercita-cita?

Aku pelajar tingkatan 3 dan akan mengambil peperiksaan PMR. know what? saya masih tiada cita-cita,
jealous sangat bila orang tulis biodata, tulis cita-cita diorang. aku pulak? bila orang tanya apa cita-cita aku,
aku akan jawab "ku ingin terbang, mencari dewa dan bersanding di atas awan" mayang ni teruk betul
tapi nak buat macamana, aku mmg tkde cita2, sekali aku shayang ckgu aku, aku ckp aku nk jd cikgu.
hahaha. bapak takde life. sekarang ni baru aku macam terfikir aku nak jadi macam abah.
Buat segala kerja dalam 1 masa. abah berbekalkan SPM gred 3 dan sekarang menjadi pengarah.
Aku tabik abah. dia boleh menjaga , memberi nafkah kepada 9 orang anak dia.

TAPI.. (ada lagi tapi nya)
aku malas. aku setakat tolong abah sikit-sikit pun dah rasa penat jiler. apatah lagi jadi abah.
jadi suri rumah, aku tak nak kawen, jadi siapa mahu bela aku? hahaha.
siapa-siapa tolong cadangkan dekat aku, aku nak jadi apa. dah blurr sangat ni.
tapi aku mohon. janganm dah bagi cadangan mengarut. jadi cikgu tadika.
itu cita-cita masa aku enam tahun sebab cikgu tadika shayang aku, sampai sekarang dia kenal aku.
ingat lagi bila dia menangis, aku datang peluk dia. tenang kan dia. see, aku memang pandai bodek :P
beware ! 


Cita-cita memerlukan keazaman serta pengorbanan. Jika anda tidak mempunyai kedua-dua itu, anda sama seperti saya. Mari kita berusaha kearah yang berwawasan. Maju negara, maju lagi aku,cita-cita pun takda


Saya tahu awak akan tekan

Style sangat kah perempuan bermain poker?


Poker adalah permainan yang ada dimana-mana. Dari kasino online. Anda bahkan dapat mencari poker di rumah-rumah di seluruh dunia. cinta kepada poker? banyak dan hampir semua orang telah memainkan game ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.Poker game online menggunakan program perisian yang mengendalikan permainan.Hanya satu orang dan peniaga boleh bermain game atau anda boleh menyertai ke dalam sebuah bilik poker dan bermain melawan pemain lain dari seluruh penjuru dunia.

Orang kita selalu cakap perempuan tak boleh main poker. sebab judi kan haram.
tapi fikir lah sikit, kami tidak menggunakan duit, duit kami tak masuk langsung.lagi keluar adalah.
sebab nak beli chips , kan ? abang mak kakak adik? ada sekali tu, mayang main poker,
ada budak ni send meseg "kau fikir kau hebat sangat main poker? kentel2 je kau"
kentel2 = bodoh2. saya main untuk hilangkan stress bukan untuk nak tunjuk hebat.
Kalau nak tunjuk hebat, saya dah lama bawak kad troup pergi mana-mana.
ada masa free, saya open table.  Tapi saya fikir, ni negara islam, jadi saya tak nak berjudi.


Jadi pakcik - pakcik yang selalu ketuk meja dok bising-bising main judi, hentikanlah!
cuba online, main kasino online, tak perlu dah sakit hati dan buat dosa.
betul tak pakcik? ini lagi berfaedah dari main judi yang sebetul-betulnya! 

Saya tahu awak akan tekan

Saturday, May 7, 2011

Merentas Desa

Macam jealous juga lah kan bila orang lain semua update status pasal dapat no ni no ni.
Adik-adik angkat ramai. lupa nama pun ada, semua jumpa, "kak mayang sombonggg"
akak tak sombong sayang. akak busy je. yang best, shahir, siap mintak nombor. bongek punya adik.
hahahha. dorang sangat funny, jumpa dorang, otak saya jadi fresh. happy :)
tengku semua, akak minta maaf sangat keyh? bukan sengaja tak nak layan
ramai tanya saya dapat no apa.. Saya tak dapat apa-apa no sebab saya....
incharge hadiah. huwaa :( tapi kalau lari pun, tak dapat no punya. sebab saya tak lari laju.

Semasa bagitahu abah, ini terjadi :
(click untuk tumbesaran)
abahlah warrior saya dimana saya berada. Alhamdulillah, selepas pulang dari Umrah,
Abah tak pernah marah saya seperti dulu dan tak pernah lokek dengan saya. Along shayang abah



Saya tahu awak akan tekan

Monday, May 2, 2011

Kita Manusia Biasa Bukan Manusia Hebat

Kalau dahulu, dunia ini dipenuhi kawan-kawan sehebat Siti Nurhaliza.
Senyum aku, ketawa mereka. Menangis aku, kecewanya mereka. 
Dimana aku berada, di situ mereka. Tapi dunia ini ada pasang surutnya.
Aku sudah tidak berbaik dengan mereka. salah siapa? Salah aku. 
Apa salah aku? tidak perlu untuk anda mengetahuinya.Ini cerita untuk kanak-kanak.
Mungkin saja dahulu ada yang kawan tipu-tipu. Untuk apa kawan tipu-tipu?
untuk tidak menyakitkan hati sesama kami. Siapa yang tidak rindukan mereka?
Tipulah jika saya tidak rindu. Saya rindu, Saya rindu ditegur dan dihalang.
-saya tak mahu berbaik, cukup lah sekadar tidak mengata, saya tahu anda pun begitu-

Saya masih mempunyai keluarga yang hebat. Saya anak sulung dan kadang-kadang anak kelima
Mengapa begitu? kerana saya ada dua emak. Abah memberi nafkah kepada 9 anak.
Saya kagum dengan kehebatan beliau. Saya tak suka ada orang yang menegur idola-idola saya.
Saya tak suka orang mengatakan idola saya minum arak! Dimana awak tahu? 
Sekadar di Majalah, lebih baik jangan menyatakan apa-apa yang berbaur fitnah.
Saya buat mereka menjadi idola kerana saya baca diari mereka, walaupun diari itu setebal 1000 m/s.
-Tolong beri bukti jika hendak menyatakan sesuatu, ada yang membenci apa yang kalian katakan-

Ada yang sering mengungkit aku mempunyai ramai boyfriend.
Bukan ramai, tapi ada yang aku sengaja buat sebagai boyfriend. 
Aku rimas jika telefon bimbitku berbunyi setiap hari, mengacau aku di facebook.
Aku bukan perempuan baik untuk dijadikah girlfriend. Aku tidak suka diganggu.
Ramai yang kata aku gila lelaki. di manakah kegilaan itu? sila tunjuk! 
Jika kerana kawan-kawan karib ku lelaki, sini aku terangkan kepada kau,
-kerana lelaki itu tidak mudah kecewa, tidak mudah merajuk dan selalu memenangkan aku-

Saya tahu awak akan tekan

Friday, April 29, 2011

baru sahaja 15 bukan 25

Benda ni dah lama aku pendam dan aku hanya cerita dekat orang yang memang kenal kau.
Aku bukan nak jadi hipokrit , tapi mak kau sayang aku. aku tak sampai hati.
Tolong lah berubah, kalau perlu tinggalkan kekasih kau.
Kau sendiri tahu ramai orang tak suka kan? Aku juga tahu ramai mak-mak tengah ngumpat pasal kau.
Bukan susah nak berpisah. cakap macam ni : "kita break"
Mak kau pernah marah kau kan? siap sebut nama aku lagi.
Bukan tak ada orang cerita kat aku. macam-macam sumber datang mengadu.
Perlukan kau tipu mak kau, kau ada ni lah ni lah, tapi sebenarnya duduk 'merendek'.
Dulu kau selalu cakap kat aku, "tak pakai tudung berdosa"
tapi sekarang? bila kau jumpa kekasih kau, kau pakai tudung?
Aku tak boleh ubah diri kau, hanya kau yang mampu ubahkan diri kau sendiri.
Zaman gelak-ketawa dah berlalu. Ini masa untuk berubah menjadi anak perempuan yang disayangi ibubapa.
Aku sokong kau dari belakang. Semoga Allah bukakan pintu hati kau. amin...


Saya tahu awak akan tekan